Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil Taliban, AS adakan pertemuan di Qatar

    ISLAMABAD, 29 JUN – Menteri kewangan Afghanistan dan pegawai-pegawai bank pusat dari kerajaan yang dipimpin oleh Taliban berlepas ke Qatar hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat.

    Pertemuan diadakan semi-nggu selepas kejadian gempa kuat yang menunjukkan usaha menyelamat terbeban di bawah kemelut ekonomi yang membelenggu negara itu.

    Kejadian gempa di bahagian tenggara Afghanistan mengorbankan kira-kira 770 orang, menurut angka dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun Taliban menyatakan jumlah korban hampir 1,150 orang.

    Berita pertemuan antara pegawai-pegawai Taliban dan AS disahkan oleh jurucakap Kementerian Luar Taliban, Hafiz Zia Ahmad, yang berkata delegasi Afghanistan akan diketuai oleh Menteri Luarnya, Maulvi Amir Khan Muttaqi. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda