Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Dayangku Nur Fatin Wahidah binti Pengiran Haji Muhammad Sallehin telah berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi mewakili negara dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-4 yang akan bermula esok hingga 9 November.
Penyertaan siswi Tahun 2 Fakulti Lughah Arabiah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) itu diiringi oleh pegawai agama, Dayang Murni binti Haji Ismail selaku pengurus rombongan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad; Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam, Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya dan Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.
Dalam pertandingan berkenaan, Dayangku Nur Fatin Wahidah mengikuti Kategori 30 juzuk Al-Quran.
Sebelum ini, beliau telah beberapa kali mewakili negara dalam pertandingan seumpamanya seperti di Jordan sebanyak dua kali.
