Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir

    BRAUNSCHWEIG, JERMAN, 26 OKT – Waktu penjimatan siang di Eropah berakhir pada awal pagi tadi apabila jam diundur satu jam sebagai tanda beralih kepada waktu musim sejuk, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Jam di seluruh rantau itu dilambatkan daripada 3 pagi kepada 2 pagi, dengan waktu biasa atau waktu musim sejuk berkuat kuasa semula sehingga 29 Mac 2026.

    Di Jerman, isyarat bagi pelarasan automatik jam dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) yang berpangkalan di bandar utara Braunschweig.

    Pakar PTB memastikan jam kawalan radio, jam di stesen kereta api dan pelbagai jam industri menerima isyarat tersebut melalui pemancar gelombang panjang yang dikenali sebagai DCF77 di Mainflingen, berhampiran Frankfurt.

    Perubahan waktu ini bertujuan memanfaatkan cahaya siang dengan lebih baik pada hari-hari yang lebih pendek semasa musim sejuk di hemisfera utara, namun pengkritik meragui langkah itu benar-benar menjimatkan tenaga seperti yang sering diperkatakan. – Bernama

    Kanak-kanak dan penjaga mereka berjalan melepasi jam instalasi seni ‘Zeitfeld’ (medan masa) oleh artis Jerman Klaus Rinke di Duesseldorf, barat Jerman pada 23 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda