Friday, February 28, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu operasi BDCB bulan Ramadan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1446H, pejabat BDCB akan ditutup pada 3 Mac dan akan beroperasi semula pada 4 Mac.

    Penutupan berkenaan juga termasuk Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB, Mesin Deposit Syiling BDCB, kaunter perkhidmatan pelanggan Biro Kredit, Isu Pengguna Kewangan dan Baki Wang Yang Tidak Dituntut serta sistem pembayaran Real Time Gross Settlement (RTGS) dan Automated Clearing House (ACH).

    Walau bagaimanapun, jika 1 Ramadan jatuh pada 1 Mac, RTGS dan ACH akan mula beroperasi pada 3 Mac.

    Waktu operasi BDCB di sepanjang bulan Ramadan ialah pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang dan Jumaat dari pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari, Gift Shop BDCB iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12 tengah hari dan tutup pada Jumaat, Galeri Mata Wang BDCB iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12 tengah hari dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi serta Mesin Deposit Duit Syiling BDCB iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 2 petang dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10 pagi.

    Sementara itu, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 2 petang dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi dengan orang ramai dinasihatkan untuk membuat panggilan ke Biro Kredit di talian, +673 2233369 terlebih dahulu untuk membuat perjanjian.

    Kaunter Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan pula beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 2 petang dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi dengan orang ramai dinasihatkan untuk membuat panggilan ke Isu Pengguna Kewangan di talian, +673 8380007 terlebih dahulu untuk membuat perjanjian.

    Waktu operasi Kaunter Perkhidmatan Baki Wang Yang Tidak Dituntut adalah Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 2 petang dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi dengan orang ramai dinasihatkan untuk membuat panggilan ke Pengawalseliaan 1 di talian, +673 2380975 terlebih dahulu untuk membuat perjanjian.

    Manakala Sistem RTGS beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang dan Jumaat dari pukul 9 pagi hingga pukul 11.10 pagi serta Sistem ACH iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.40 petang dan Jumaat dari pukul 8.25 pagi hingga pukul 10.50 pagi.

    BDCB ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana saja berada.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda