BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Berikutan situasi COVID-19 di negara ini, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah memaklumkan mengenai waktu operasi dan langkah-langkah kawalan yang dilaksanakan dalam masa seminggu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD di sini, hari ini, bermula esok hingga 3 September, beberapa cawangan bank berkenaan akan beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Khamis dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.
Waktu operasi berkenaan akan dikaji semula berdasarkan perkembangan situasi COVID-19 dalam negara.
Cawangan-cawangan yang melaksanakan waktu operasi tersebut adalah ibu pejabat, Serusop, Manggis, Mentiri, Tanjung Bunut, Tutong, Kuala Belait, Temburong dan BIBD Securities di Kiulap.
Kenyataan turut menyatakan bahawa semasa waktu operai berkenaan, semua perkhidmatan juruwang dan concierge tersedia di cawangan ibu pejabat, Manggis, Tanjung Bunut, Tutong dan Temburong.
Bagaimanapun, hanya perkhidmatan pengeluaran wang tunai dibukakan di cawa-ngan Serusop dan Kuala Belait.
Bagi cawangan Kiulap pula, perkhidmatan juruwang dan concierge hanya akan tersedia bermula 1 September, bagaimanapun, perkhidmatan pembiayaan tersedia bermula esok.
Perkhidmatan pembiayaan-pembiayaan boleh didapati secara janji temu di cawangan ibu pejabat, Kiulap, Serusop, Mentiri, Rimba, Tanjung Bunut dan Tutong.
Manakala itu, perkhidmatan pembiayaan mikro Ar Rahnu hanya tersedia secara janji temu di cawangan Serusop.
Perbankan korporat dan perkhidmatan perbankan Perdana Privilege di ibu pejabat dan cawangan Serusop hanya tersedia menerusi janji temu sahaja.
BIBD Securities di Kiulap serta BIBD At-Tamwil di Beribi dan di Kuala Belait juga hanya dibukakan kepada pelanggan secara janji temu sahaja.
Sementara itu, cawangan Seri, Muara, Rimba, Panaga, Seria dan BIBD Ar Rahnu di Kuala Belait terus ditutup.