Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu operasi kaunter darah, spesimen sepanjang Ramadan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai mengenai waktu operasi kaunter-kaunter di Bahagian Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen serta Perkhidmatan Pendermaan Darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di hospital-hospital kerajaan di sepanjang bulan Ramadan Tahun 1444H/2023M.

    Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong ber-operasi bermula pukul 8 pagi hingga 1:30 petang dan ditutup setiap Jumaat, Ahad serta hari kelepasan awam.

    Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 1:45 petang dan tutup setiap Jumaat, Ahad serta hari kelepasan awam.

    Perkhidmatan Pendermaan Darah di Hospital RIPAS, Hospital SSB dan Hospital PMMPMHAMB akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 1 petang dan tutup setiap Jumaat, Ahad serta hari kelepasan awam.

    Sementara itu, Perkhidmatan Pendermaan Darah di Hospital PIHM beroperasi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari dan ditutup setiap Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi jabatan berkenaan di talian 2242424 sambungan 6313 atau e-mel kepada laboratory@moh.gov.bn atau bloodbank@moh.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda