Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai waktu beroperasi kaunter-kaunter di JKR sepanjang bulan Ramadan tahun 2025.
Waktu perkhidmatan kaunter-kaunter Pemedulian Pelanggan bagi kesemua cawangan JKR sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 2025, pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula dari pukul 8:15 pagi hingga 2 petang.
Sementara itu, bagi waktu beroperasi bagi kaunter Perkhidmatan Pembayaran di JKR sepanjang bulan Ramadan ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8:15 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada hari Sabtu, kaunter di buka dari pukul 8:15 pagi hingga 10 pagi.
Sehubungan itu, orang ramai juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi BIBD mobile.
Sila semak tatacara pembayaran yang disediakan.
Pengguna-pengguna Bank Baiduri dan Standard Chartered juga boleh membuat pembayaran bil air (dan gas) melalui aplikasi bank masing-masing
Kaunter pemedulian pelanggan dan kaunter perkhidmatan pembayaran di tutup pada hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.
