BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan orang ramai mengenai waktu perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelang di kesemua cawangannya.
Menurut TAP, kaunter-kaunter perkhidmatan dan Pusat Panggilan TAP akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 1:30 petang dan Jumaat dari 8 pagi hingga 11 pagi.
Manakala itu, Sabtu bagi cawangan Ibu Pejabat PGGMB sahaja dari 8 pagi hingga 11 pagi. Perkhidmatan-perkhidmatan TAP seperti urusan pendaftaran, pembayaran caruman, permohonan pengeluaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn bagi majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna portal e-Amanah.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja. Bagi mengetahui perkembangan terkini, ikuti laman media sosial Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Facebook atau @TAP_Brunei melalui Instagram.


