Oleh: Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan mengenai waktu-waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab-maktab serta pusat-pusat tingkatan enam di seluruh negara bagi 2025 semasa bulan Ramadan.
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah rendah adalah bermula pukul 7.45 pagi hingga pukul 11.55 pagi bagi sesi pagi.
Sementara waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan pusat-pusat tingkatan enam adalah bermula pukul 7.45 pagi hingga pukul 11.50 pagi bagi sesi pagi dan pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang bagi sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai 2 sesi.
Manakala itu, pelajar-pelajar prasekolah akan diberikan kelonggaran waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara sekolah masing-masing.
