Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu rehat antara kelas lebih panjang di sekolah Beijing

    BEIJING, 30 OGOS – Beijing akan melanjutkan tempoh rehat antara kelas daripada 10 minit kepada 15 minit bagi pendidikan wajib mulai semester musim luruh ini, menurut pengumuman pihak berkuasa pendidikan tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    Langkah ini bertujuan memberikan masa rehat yang mencukupi kepada guru dan pelajar di antara kelas sambil menggalakkan pelajar meluangkan masa di luar bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka, kata suruhanjaya pendidikan perbandaran.

    Waktu rehat antara kelas selama 15 minit ini akan dicapai dengan menyesuaikan waktu rehat yang lebih lama pada waktu pagi dan petang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda