Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang melanda negara tersebut.

    “Kami sedang menguruskan bekalan telur dengan teliti berikutan cabaran industri semasa,” kata McDonald’s Australia dalam satu kenyataan kepada pelanggan minggu ini.

    Berikutan itu, tempahan sarapan akan dihentikan pada pukul 10:30 pagi (waktu tempatan) berbanding tengah hari sebelum ini.

    “Kami sedang berusaha keras dengan pembekal kami untuk mengembalikan keadaan ini kepada normal secepat mungkin,” tambah kenyataan itu.

    Pihak berkuasa Australia melaporkan bahawa wabak selesema burung H7 telah dikesan di beberapa ladang ternakan ayam di Victoria, New South Wales dan Wilayah Ibu Kota Australia. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...