Terdapat sembilan waktu terbaik untuk memancing di laut, di muara dan di sungai yang perlu diketahui pemancing.
1. Awal pagi
Tidak perlu dipertanyakan lagi kenapa awal pagi menjadi waktu terbaik untuk memancing.
Ketika matahari mulai terbit, ia mengubah suhu air menjadi waktu yang paling sesuai untuk ikan mencari makan dan ini akan menambah potensi strike anda.
2. Petang
Perubahan suhu air di waktu petang membuat waktu ini menjadi waktu terbaik memancing. Pada waktu ini juga dikatakan banyak spesies pemangsa yang menjadikan ikan predator aktif memburu ikan-ikan kecil.
3. Malam
Beberapa spesies ikan menjadikan waktu malam untuk memburu mangsa. Pada waktu ini juga suhu air sangat sesuai untuk ikan mencari makanan.
4. Air pasang
Pergerakan air mulai pasang menjadi waktu paling ideal untuk memancing.
Ini kerana pada waktu ini ikan sangat aktif mengikut arus air untuk mencari makanan.
5. Air surut
Sama seperti pergerakan air pasang, air menyonsong surut juga menjadikan ikan kembali aktif mencari makan.
6. Baca jadual air
Untuk memancing di laut dan di muara waktu yang paling sesuai ialah ketika pergerakan air pasang besar ke air mati atau air mati ke air pasang besar. Pada waktu ini arus air tidak laju atau air laju sangat perlahan, jadi umpan anda lebih menarik perhatian ikan.
7. Permukaan air
Dikatakan waktu terbaik untuk memancing ialah ketika permukaan air laut sedikit berombak dan warna airnya tidak terlalu jernih atau sedikit keruh.
8. Faktor cuaca
Cuaca mempengaruhi suhu air jadi waktu terbaik memancing ialah ketika cuaca tidak terlalu panas kerana suhu air panas menjadikan ikan tidak berminat untuk mencari makan. Ada juga berpendapat setelah hujan atau setelah hujan reda untuk memancing.
9. Faktor angin
Ada nelayan yang berpendapat waktu terbaik untuk memancing ialah ketika musim timur setelah musim angin barat kerana dikatakan ikan sangat aktif mencari makan. – Agensi