Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu vaksinasi khas dibuka bagi pekerja syarikat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Seperti mana yang telah diumumkan pada sidang media 29 September lalu, Kementerian Kesihatan telah membukakan waktu vaksinasi tambahan khas pada setiap Ahad khusus bagi para pekerja di syarikat-syarikat tempatan bermula 10 Oktober depan di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup.

    Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengumumkan bahawa syarikat-syarikat yang ingin membuat tempahan bagi vaksinasi tambahan tersebut boleh melakukannya melalui aplikasi WhatsApp dan e-mel sahaja.

    Nombor-nombor talian WhatsApp berkenaan ialah 8129148, 8139148, 8189148 dan 8146148 atau melalui e-mel kepada vacc.comp@moh.gov.bn.

    Yang Berhormat Dato memaklumkan perkara itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau menambah, tempahan bagi 10 Oktober akan dibukakan bermula esok (5 Oktober) dan syarat-syarat tempahan akan dimuat naik di laman web Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media jangkitan COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda