Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Walcott berbisa, Arsenal belasah Benfica

LONDON, 30 Julai – Theo Walcott telah memberikan Arsene Wenger peringatan mengenai kualitinya dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 Arsenal ke atas Benfica ketika Alexandre Lacazette membuat penampilan pertama di gelanggang Arsenal dalam Piala Emirates kelmarin.

Walcott berada dalam bahaya ditempatkan di bangku simpanan susulan kempen mengecewakan yang menyaksikan pemain sayap England itu tidak diturunkan dalam kemenangan final Piala FA Arsenal ke atas Chelsea pada bulan Mei.

Namun apa yang cukup mengecewakannya lagi adalah Wenger membuat pembelian rekod 52 juta pound bagi penyerang Lyon, Lacazette dan setakat ini gagal dalam usaha menandatangani pemain sayap Monaco, Thomas Lemar.

Tetapi dalam tahun ke-11 di Arsenal, Walcott menyatakan bahawa dia tidak akan mengalah tanpa berjuang apabila menghasilkan dua penyudah klinikal dan membuat hantaran yang membawa kepada gol sendiri Lisandro Lopez.

Theo Walcott (tengah) meraikan jaringan ketiga Arsenal ke atas Benfica bersama rakan sepasukannya di Stadium Emirates. – AP
Theo Walcott (tengah) meraikan jaringan ketiga Arsenal ke atas Benfica bersama rakan sepasukannya di Stadium Emirates. – AP

Olivier Giruod dan Alex Iwobi juga menemui sasaran ketika Arsenal mengganas dalam perlawanan pertama dalam kejohanan empat pasukan di Stadium Emirates.

Lacazette mempunyai beberapa peluang untuk menonjol dalam aksi sekejapnya, tetapi penyerang Perancis itu mungkin bermula menentang Sevilla.

Franco Cervi dan Eduardo Salvio merupakan penjaring bagi juara Portugal, Benfica, yang kelihatan tidak menentu berikutan penjualan pemain pertahanan Victor Lindelof kepada Manchester United.

Walcott bermula untuk Arsenal dengan Lacazette di bangku simpanan dan Alexis Sanchez dijangka kembali bagi sesi latihan sehingga Ahad selepas tugas Piala Konfederasi dengan Chile. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -