LONDON, 21 MAC – Undang-undang baharu berkuat kuasa di Wales hari ini melarang sebarang bentuk hukuman fizikal terhadap kanak-kanak, termasuk pukul, tampar dan goncang.
Perubahan itu bermakna, seperti yang sudah berlaku di Scotland, memukul kanak-kanak akan dianggap sebagai serangan biasa – sama seperti untuk orang dewasa. Memukul kanak-kanak sebelum ini dianggap menyalahi undang-undang tetapi dibenarkan selagi ia merupakan “hukuman yang munasabah”.
Ini kekal sebagai kes bagi undang-undang di England dan Ireland Utara.
Perkara yang dianggap “munasabah” bergantung pada elemen termasuk tanda yang ditinggalkan pada kanak-kanak itu dan sama ada penumbuk atau alat lain digunakan. Lebih daripada 60 negara di seluruh dunia mempunyai undang-undang terhadap hukuman fizikal ter-hadap kanak-kanak.
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Kanak-kanak mengatakan bahawa kanak-kanak harus dilindungi daripada bahaya fizikal dan mental. – AFP