Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wales tundukkan Kazakhstan, cemerlang dalam kelayakan Piala Dunia

    PARIS, 23 MAC – Wales memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 3-1 ke atas Kazakhstan kelmarin, manakala Erling Haaland turut mencatat nama sebagai penjaring dalam kemenangan 5-0 Norway ke atas Moldova.

    Wales berusaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas penampilan mereka di Qatar 2022, dan pasukan bimbingan Craig Bellamy berjaya menundukkan Kazakhstan dalam aksi Kumpulan J di Cardiff.

    Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit kesembilan menerusi rembatan yang terlantun pertahanan lawan oleh pemain sayap Leeds United, Daniel James.

    Bagaimanapun, Kazakhstan—pasukan di kedudukan ke-110 ranking FIFA—menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-31 selepas Connor Roberts menyentuh bola, dengan Askhat Tagybergen tenang menyempurnakan sepakan penalti.

    Wales kemudian meneruskan momentum cemerlang mereka dari kempen Liga Negara-negara UEFA tahun lalu, apabila mereka memastikan kemenangan dalam babak kedua.

    Kapten Ben Davies menanduk masuk gol kedua sejurus selepas rehat, sebelum Rabbi Matondo yang masuk sebagai pemain gantian menamatkan sisa perjuangan Kazakhstan dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

    “Kami bercakap sepanjang minggu tentang kepentingan memulakan kempen dengan baik, dan itulah yang kami lakukan malam ini,” kata James kepada BBC.

    “Kemenangan ini sangat penting dan kami perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya pada Selasa,” tambahnya, merujuk kepada pertemuan Wales dengan Macedonia Utara selepas ini. – AFP

    Aksi perlawanan kelayakan Kumpulan J Piala Dunia 2026 antara Wales dan Kazakhstan di Stadium Cardiff City, Cardiff, pada 22 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda