Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wali Band bakal gegar Zepp KL

    Selepas hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur, kumpulan popular Indonesia, Wali Band teruja dapat kembali mengubati rindu peminat mereka di Malaysia menerusi sebuah persembahan istimewa.

    Wali Band yang dianggotai oleh Faank selaku vokalis, Apoy (gitaris), Ovie (keyboard) dan Tomi (dram) bakal beraksi di konsert Dream Festival Collaboration Vol 2 yang akan berlangsung di di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei depan.

    Tomi dalam sesi sidang media secara maya baru-baru ini berkata, mereka terharu apabila kembali meraih kepercayaan penganjur untuk beraksi di Kuala Lumpur.

    “Kami masih meneliti senarai lagu yang menjadi kegemaran peminat di Malaysia. Malah kami turut mendapatkan pandangan peminat, terutama di media sosial mengenai lagu yang disukai mereka.

    “Dari situ, kami akan rangka konsep persembahan bersesuaian untuk memberi kepuasan kepada peminat, apatah lagi kami sudah hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur,” katanya.

    Konsert berdurasi satu setengah itu bakal menyaksikan band yang popular dengan lagu Cari Jodoh itu berkongsi pentas dengan kumpulan Floor 88. – Agensi

    Wali Band bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada Mei depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda