Oleh Muiz Matdani –
TEMBURONG, 4 DIS – Aktiviti hari keempat dan terakhir bagi Program Ke Temburong Bisai Finale 2023 dimulakan dengan Walkaton Amal bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.
Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudiannya ikut serta dalam walkaton tersebut ialah Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim. Walkaton amal tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Acara diteruskan dengan aktiviti pemanasan badan sebelum pelepasan peserta.
Turut hadir, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.