Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Walkaton amal SSMS bina tanggungjawab sosial

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS) terus memberikan tumpuan mempromosikan empati dan membina rasa tanggungjawab sosial yang kuat dalam masyarakat menerusi pelbagai aktiviti amal serta komitmen membangunkan keluarga warga sekolah yang lebih penyayang dan bertanggungjawab global.

    Sehubungan dengan itu, warga sekolah dan orang ramai termasuk pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah serta jemputan khas telah sama-sama mengambil bahagian dalam acara walkaton amal, Stride as One yang berlangsung di Jerudong Park Colonnade, kelmarin.

    Walkaton amal itu bermatlamat untuk menanamkan nilai tanggungjawab global dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negara ini serta bagi mempromosikan program gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sekolah berkenaan.

    Acara tersebut dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan diikuti dengan penyampaian dua sumbangan masing-masing berjumlah $7,635,95 kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan IMPIAN Project Brunei.

    Selepas itu, acara walkaton dimulakan dengan pelepasan peserta bagi Laluan Normal dan Laluan Kanak-kanak disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad@Mohamat dengan dibantu oleh pengetua-pengetua bahagian rendah dan menengah sekolah berkenaan.

    Aktiviti riadah dan pameran makanan turut menyerikan acara itu bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati hidangan yang lazat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang menyeronokkan.

    Kejayaan walkaton amal 2024 itu adalah hasil usaha setiap keluarga warga SSMS dan mereka yang terlibat sama dalam menjayakan misi berkenaan termasuk ibu bapa, pelajar, penaja-penaja utama dan orang ramai yang pemurah yang menunjukkan penglibatan luar biasa dalam kegiatan amal tersebut.

    Awang Julaihi bergambar ramai dengan para peserta walkaton amal pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN SSMS
    Awang Julaihi semasa menyertai sesi memanaskan badan pada acara itu. – GAMBAR SERAHAN SSMS
    GAMBAR SERAHAN SSMS
    GAMBAR SERAHAN SSMS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda