Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Seramai 700 orang pelajar Tahun 3 hingga 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah menyertai acara Walkaton Mini yang bermula dan berakhir di sekolah berkenaan, hari ini.
Pelepasan peserta walkaton yang berjalan sejauh 1.5 kilometer telah disempurnakan oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.
Terdahulu, pelajar-pelajar sekolah berkenaan telah mengikuti senaman memanaskan badan di gelanggang sukan sekolah berkenaan.
Program tersebut merupakan antara aktiviti yang termasuk dalam kokurikulum sekolah dalam usaha untuk melibatkan pelajar dalam acara tersebut dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Manakala itu, bagi pelajar Tahun 1 dan 2 pula, mereka mengikuti latihan perbarisan di kawasan lain sekolah berkenaan sebagai persiapan untuk Perbarisan Kids Athletics yang akan diadakan pada Ogos depan.


