Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Walkaton promosi gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 JULAI – Seramai 51 belia, penduduk dan anggota dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei menyertai acara Walkathon: Walk The Change anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Zainab Lumut.

    Acara yang bertujuan memupuk perubahan positif di samping mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat itu bermula di perkarangan masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Hal Ehwal Ugama, Awang Akup bin Haji Lamat, diiringi oleh Ketua Kampung Lumut 2, Haji Khairdon bin Haji Dahlan.

    Terdahulu, ceramah agama ringkas diadakan selepas solat Subuh bertujuan memperkukuh dan menghidupkan nilai-nilai agama melalui cara interaktif.

    Selepas ceramah, para hadirin mengambil bahagian dalam sesi pemanasan badan yang diadakan di luar masjid sebelum memulakan acara berjalan kaki menerusi perkampungan yang indah sebelum kembali ke masjid untuk jamuan ringan.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara walkaton anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Zainab Lumut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Gambar ramai semasa acara walkaton berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda