Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Walkaton sambil semarak HK40

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Kira-kira 80 peserta hari ini menyertai acara walkaton anjuran penghulu mukim dan ketua kampung zon 2 dan 3, Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri.

    Hadir menyertai bagi acara tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat dan Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan.

    Acara berkenaan terlebih dahulu diisikan dengan acara kuliah sempena Hari Kebangsaan ke-40 (HK40).

    Acara dimulakan dengan sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan seterusnya sesi ceramah kuliah Subuh yang bertajuk Sentiasa berbuat Ihsan dengan Petunjuk Allah Taala… Tawakal ala Allah yang disampaikan oleh Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Acara kemudian diteruskan dengan senamrobik pagi yang disertai walkaton sejauh 2km.

    Juga turut hadir ialah pemangku-pemangku penghulu, ketua dan pemangku-pemangku ketua kampung bagi zon 2 dan zon 3 bersama ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK), AJK takmir masjid dan juga penduduk kampung.

    Tujuan acara itu diadakan untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun HK40, ia juga dihasratkan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dan mengimarahkan masjid menerusi aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

    Ahli-ahli MMN dan para jemaah bergambar ramai di Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Peserta mengikuti acara walkaton sejauh 2km. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...