Oleh Daniel Lim
BELAIT, 15 MEI – Para pelajar, guru, alumni, ibu bapa dan penjaga dari Sekolah St Margaret, Seria, telah menyemarakkan suasana pagi yang tenang dengan semangat kebersamaan apabila mereka berjalan seiring merentasi kawasan indah di Seria sempena acara jalan kaki anjuran sekolah berkenaan baru-baru ini.
Turut hadir menyaksikan acara tersebut pada pagi itu ialah Pengetua sekolah, Liew Yong Kim, bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah sekolah.
Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan ringkas yang diketuai oleh para pelajar Tahun 10, sebelum para peserta dilepaskan secara rasmi oleh pengetua dan ahli Lembaga Pengarah.
Laluan yang dilalui adalah satu pusingan sejauh 3.4 kilometer di kawasan sekitar Seria, sebelum para peserta kembali ke kawasan sekolah untuk menyertai acara cabutan bertuah sebagai penutup kepada acara tersebut.
