Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wall Street ceriakan Saham Asia

    HONG KONG, 3 Nov – Saham Asia kebanyakannya meningkat pagi ini, berikutan pelabur menjejaki prestasi Wall Street selepas pelantikan pengerusi baru Rizab yang baru, manakala pembekal Apple meraih manfaat daripada laporan kewangan kukuh syarikat itu.

    Dow Jones ditutup pada rekod tertinggi baru selepas Presiden Donald Trump melantik Jerome Powell menerajui Rizab Persekutuan, yang dilihat sebagai pilihan wajar.

    Apple melaporkan keuntungan melonjak 19 peratus kepada AS$10.7 bilion, susulan peningkatan kukuh jualan iPhone.

    Angka keuntungan itu dikeluarkan ketika Apple mula menjual model telefon pintar iPhone X sempena ulang tahun ke-10 di lebih 50 negara termasuk kebanyakan pasaran Asia.

    Di Hong Kong, pasaran saham menokok 0.3 peratus, dan Taiwan naik 0.1 peratus. Bagaimanapun, Shanghai susut 0.3 peratus dalam dagangan pagi.

    Sementara itu, gergasi e-perdagangan Alibaba berkata peningkatan jualan menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak 132 peratus dalam suku ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda