Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wallace ungguli perlumbaan Piala NASCAR

    MIAMI, 5 OKT – Bubba Wallace menjadi satu-satunya pemandu kulit hitam kedua yang memenangi perlumbaan dalam kejuaraan siri Piala NASCAR setelah berjaya memenangi perlumbaan YellaWood 500 di Talladega Superspeedway.

    Wallace mendahului lima dari 117 pusingan dalam perlumbaan di Alabama. Ketika hujan kedua melanda memaksa penangguhan dalam perlumbaan dan perlumbaan dihentikan dengan baki 71 pusingan, menyerahkan kemenangan kepada Wallace dan pasukannya 23XI Racing, yang dimiliki oleh lagenda NBA, Michael Jordan dan Denny Hamlin.

    Wallace adalah pemandu kulit hitam pertama yang menang dalam siri Piala NASCAR sejak Hall of Famer, Wendell Scott meraih kemenangan dalam perlumbaan di Jacksonville, Florida pada 1 Disember 1963.

    Wallace yang berusia 27 tahun menyertai 23XI tahun lalu setelah meninggalkan Richard Petty Motorsports.

    Wallace sering membantah perkauman berikutan pembunuhan George Floyd di Minneapolis dan pada bulan Jun tahun lalu meminta ketua NASCAR untuk melarang bendera Konfederasi dari litar lumba yang digunakan.

    Bendera itu telah lama digunakan di litar NASCAR di kawasan tengah AS, tetapi tetap menjadi simbol perhambaan dan perkauman bagi banyak orang. NASCAR kemudian melarang pameran bendera di perlumbaannya.

    Wallace terlibat dalam kontroversi pada bulan Jun tahun lalu setelah pasukannya melaporkan bahawa terdapat tali yang tergantung di garaj pasukan di Talladega Superspeedway. – AFP

    Bubba Wallace semasa meraikan kemenangannya di Siri Piala NASCAR YellaWood 500 di Talladega Superspeedway kelmarin di Talladega, Alabama. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda