Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Walmart lapor peningkatan jualan suku kedua

    NEW YORK, 16 OGOS – Walmart melaporkan peningkatan dalam pendapatan suku tahun hari ini yang sebahagiannya didorong oleh inflasi ketika syarikat runcit gergasi itu menjangkakan pertumbuhan jualan di Amerika Syarikat (AS) berkurangan dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Walmart, yang terpaksa mengurangkan ramalan keuntungannya tiga minggu lalu disebabkan perubahan sikap pengguna, berkata tekanan harga ke atas pengguna meningkatkan jualan bagi barang-barang runcit, sementara permintaan merosot bagi barangan lainnya seperti pakaian, elektronik dan produk rumah.

    Pendapatan syarikat itu bagi suku fiskal kedua yang berakhir pada 21 Julai berjumlah AS$152.0 bilion, meningkat 8.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    Keuntungan melonjak 20.4 peratus kepada AS$5.1 bilion, dengan beberapa peningkatan berkait dengan penjualan aset di Brazil.

    Jualan gedung-gedung Walmart di AS juga meningkat 6.5 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu, namun syarikat itu menjangkakan pertumbuhan kira-kira tiga peratus dalam separuh kedua tahun 2022.

    Harga gasolin yang lebih tinggi, dan kenaikan harga bagi barang runcit asasi telah mendorong lebih ramai pengguna untuk ‘beralih’ kepada barangan harga rendah. – AFP

    Walmart mencatatkan keuntungan suku tahun yang didorong oleh inflasi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda