KUCHING, 28 FEB – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’. Darjah tertinggi dalam senarai anugerah negeri Sarawak itu disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu istiadat penganugerahan pingat di Astana Negeri Sarawak hari ini.