Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wan Junaidi dianugerah gelaran ‘Pehin Sri’

    KUCHING, 28 FEB – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’.

    Darjah tertinggi dalam senarai anugerah negeri Sarawak itu disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu istiadat penganugerahan pingat di Astana Negeri Sarawak hari ini.

    Dalam majlis itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah membacakan pencapaian Tun Dr Wan Junaidi yang telah memegang jawatan-jawatan penting seperti Yang Dipertua Dewan Negara, menteri dan timbalan menteri Persekutuan, serta timbalan Speaker Dewan Rakyat.

    Tun Wan Junaidi menjadi penerima kelima darjah berkenaan selepas Allahyarhan Tun Abdul Taib Mahmud, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

    Tun Wan Junaidi menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa 26 Januari lepas bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Taib yang tamat perkhidmatan pada 25 Januari. – Bernama

    Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa menerima anugerah pada istiadat penganugerahan pingat di Astana Negeri Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...