Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Wan Junaidi rasmi mesyuarat penggal keempat DUN Sarawak

    KUCHING, 19 MEI – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini.

    Ketibaan Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

    Istiadat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum Wan Junaidi memeriksa kawalan kehormat utama, dengan kekuatan seramai 40 anggota yang diketuai Pengarah Pancaragam Polis Diraja Malaysia.

    Persidangan DUN kali ini akan berlangsung selama lapan hari mulai hari ini sehingga 28 Mei dengan enam Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan.

    Ini termasuk RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2025, RUU (Pindaan) Pusat Biodiversiti Sarawak 2025, RUU (Pindaan) Kanun Tanah 2025, RUU (Pindaan) Pihak Berkuasa Tempatan 2025 dan RUU (Pembubaran) Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur 2025. – Bernama

    Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) bersalaman dengan Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar sebaik tiba pada perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan DUN, di Kuching, pada 19 Mei. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Laut China Selatan perlu kekal sebagai zon aman

    KUALA LUMPUR, 17 NOV - Laut China Selatan tidak...

    AYC 2025 himpunkan pemimpin belia ASEAN di Kuala Lumpur

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV...

    Mesir bakal anjur rundingan bina semula Gaza

    KAHERAH, 19 OKT - Mesir sedang berusaha dengan kerjasama...

    Brunei perkukuh kerjasama agrimakanan di China

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT - Pentadbiran...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...