Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib

    KUCHING, 9 FEB – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan penghormatan kepada Tun Abdul Taib Mahmud atas sumbangan besar beliau terhadap pembangunan Sarawak.

    Beliau berkata dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, baik di peringkat Persekutuan dan kemudiannya memegang tampuk kepimpinan tertinggi Sarawak pada 1981, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.

    “Beliau (Abdul Taib) meletakkan batu asas yang kukuh untuk menjadikan Sarawak sebagai antara wilayah paling stabil dari segi politik dan berdaya maju dari segi ekonomi di Malaysia hari ini.

    “Doa tulus ikhlas saya untuk kesejahteraan Abdul Taib dengan penuh kesyukuran dan rasa hormat, saya mengucapkan selamat bersara kepada beliau,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina hari ini.

    Pada 29 Januari, Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri ke-8 di Bangunan Dewan Undangan Negeri.

    Pelantikan beliau dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028, menggantikan Abdul Taib yang memegang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014. – Bernama

    Gambar fail Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) bersalaman dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...