FRANKFURT AM MAIN, 27 APRIL – Sebuah keluarga Iraq yang menetap di Jerman berasa terkejut apabila mereka terjumpa dua mesin jahit lama di tepi jalan, tatkala mereka amat memerlukan penutup mulut dan hidung buatan sendiri.
Namun kejutan lebih besar ditemui di dalam salah satu mesin: wang tunai berjumlah 1,000 euro, disimpan di sana oleh pemilik sebelumnya dan lupa mengenainya.
“Kami dengan segera meng-hubungi polis yang menjejaki pemilik tersebut,” beritahu Sherzad Ahmed, 21 tahun, kepada AFP hari ini. “Beliau berasa sungguh gembira.”
Kisah tersebut berlaku di bandar kecil Jerman Morsbach pada Rabu lalu, kata polis tempatan dalam satu kenyataan.
Tuan punya berusia 56 tahun itu telah menyembunyi wang dalam mesin jahit apabila beliau mengunjungi pasar Krismas sebagai jurujual pada tahun lalu sebelum terlupa mengenai ‘tempat persembunyian rahsia itu,’ kata polis. – AFP