Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wang pencen arwah suami RM233,480 lesap

    KUANTAN, 26 JAN – Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

    Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Januari lepas.

    “Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.

    “Dia kemudiannya dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya,
    menerusi kenyataan, di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda