Tuesday, December 17, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wang RM60.6j masuk akaun peribadi Najib

    KUALA LUMPUR, 8 SEPT – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM60.6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak dalam dua transaksi pada 2011.

    Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM30,449,929.97 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 24 Feb dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011.

    “Saya memperakui dan mengesahkan bahawa dokumen ini (penyata akaun) AmIslamic Bank Berhad atas nama Najib telah dicetak dari komputer milik AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

    Merujuk borang pembukaan akaun individu atas nama Najib pada 13 Jan 2011, saksi pendakwaan ke-37 itu berkata hanya Najib penandatangan tunggal cek dan boleh melakukan urusan terhadap akaun peribadi AmIslamic Bank miliknya.

    “Akaun (694) ini dibuka dengan bayaran deposit sebanyak RM500 sahaja. Penandatangan sah bagi akaun persendirian ini adalah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sebagai penandata-ngan tunggal sah bagi cek yang dikeluarkan. Ini bermaksud, hanya beliau sahaja (Najib) boleh menandatangani cek dan melakukan urusan menerusi kesemua akaun ini,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin, bagi sambung bicara berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda