Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wang tebusan militan AS$100,000 dirampas

    ALGIERS, 29 DIS – Tentera Algeria telah merampas ‘sebahagian wang tebusan’ yang dibayar untuk membebaskan tahanan yang diculik oleh ‘kumpulan pengganas’ di rantau Sahel, kata kementerian pertahanan.

    Tentera ‘menemui 80,000 euro (AS$97,000) semasa operasi di wilayah timur laut Algeria Jijel, menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

    Pihak berkuasa Algeria menggunakan istilah ‘pengganas’ untuk menggambarkan kumpulan Islam bersenjata yang aktif di negara sejak awal 1990, termasuk anggota al-Qaeda dalam Maghreb Islam (AQIM).

    Kementerian pertahanan berkata wang tunai itu merupakan ‘wang tebusan’ yang dibayar dalam perjanjian Oktober, di mana Mali membebaskan kira-kira 200 tahanan termasuk ketua militan untuk menjamin pembebasan empat tebusan, termasuk pekerja bantuan Perancis Sophie Petronin.

    Algeria mengecam perjanjian itu dan Perdana Menteri Abdelaziz Djerad berkata bayaran wang tebusan ‘menjejas usaha memerangi keganasan negara kami.’

    Algeria berkata ia telah menahan beberapa pejuang pelampau yang telah melarikan diri ke sempadan padang pasir dari Mali.

    Salah seorang lelaki yang ditahan selepas itu di Algeria mendakwa wang tebusan yang dibayar berjumlah ‘jutaan’ euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda