Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Wang Yi adakan pertemuan dengan Cleverly

    BEIJING, 31 OGOS – China dan Britain wajar menjalankan serta meningkatkan pertukaran lawatan yang normal dalam pelbagai bidang dan kedua-dua negara diyakini mampu mendepani gangguan, mempamerkan kedinamikan serta berkembang ke arah lebih cerah, kata Menteri Luar China, Wang Yi.

    Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Britain, James Cleverly, di sini, kelmarin.

    Kata beliau, China sentiasa mementingkan kedudukan Britain sebagai sebuah negara besar dan peranannya yang istimewa, serta kekal komited untuk mengembangkan hubungan bilateral yang stabil dan saling menguntungkan.

    Wang turut berpandangan bahawa kerjasama China-Britain kekal berpengaruh di peringkat global, manakala dialog dan kerjasama merupakan kunci, serta pilihan utama dasar China terhadap Britain. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...