Thursday, May 8, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wangian teratai Bach Diep tarik penggemar teh

    HANOI – Bunga teratai mekar boleh ditemui di tasik-tasik dan kolam di sekitar Hanoi pada pertengahan musim panas, namun Ho Tay merupakan tempat yang paling gemar dikunjungi.

    Orang ramai yang berkunjung ke tasik di daerah Ho Tay pasti akan terpesona dengan bau wangi yang datang dari kolam teratai. Bunga teratai banyak ditemui di Pagoda Kim Lien, perkampungan Quang Khanh, wad Nhat Tan dan Xuan La. Satu jenis teratai yang ditanam di sini dipanggil sebagai Bach Diep, yang bermaksud 100 kelopak, terkenal dengan harumannya.

    Teratai Bach Diep adalah satu-satunya yang digunakan untuk membuat teh berbau teratai kerana aromanya yang tersendiri. Sejak sekian lama, teh teratai Ho Tay dianggap sebagai teh terbaik dan paling asli di Vietnam.

    Teratai yang digunakan untuk membuat teh mesti dipetik pada awal pagi ketika embun masih tebal untuk memastikan kesegaran teh. Selepas itu, anter segera dipisahkan daripada bunga sebelum ia layu dan hilang harumannya.

    Menurut peniaga, harga bunga teratai pilihan di Ho Tay hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada pasaran.

    Selain membuat teh, setiap bahagian teratai mempunyai kegunaannya sendiri. Akar teratai boleh membantu mencegah alahan dan jangkitan, manakala biji teratai memainkan peranan penting dalam amalan perubatan tradisional. Bahagian lain tumbuhan boleh digunakan dalam hidangan masakan Vietnam. – ANN/VNS

    Orang ramai berpusu-pusu ke kolam bunga teratai berhampiran Ho Tay untuk mengambil gambar. – ANN/VNS
    Seorang lelaki memetik bunga teratai di Ho Tay di Hanoi. – ANN/VNS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda