Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wani Kayrie bawa keluarga pulang beraya di Sabah

    Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie memberitahu dia dan keluarga pernah tidak pulang berhari raya di Sandakan, Sabah kerana kurang berkemampuan.

    Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata kos penerbangan ke Sabah yang tinggi apatah lagi apabila tiba musim perayaan membuatkan dia dan keluarga pasrah menyambut lebaran di perantauan.

    Disebabkan pengalaman itu, Wani faham perasaan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung disebabkan tidak mampu membeli tiket penerbangan.

    “Sebenarnya, saya tumpang simpati juga sebab saya pernah berada dalam situasi mereka.

    Ibu saya sibuk bekerja dan dia tidak dapat beraya dengan keluarga di kampung.

    Wani berkongsi keterujaan menyambut Aidilfitri di kampung halaman. – mStar

    “Perkara itu membuatkan saya tekad untuk bekerja keras bagi membalas jasa ibu dengan cara bawa dia balik kampung, bergembira bersama keluarganya di sana.

    “Melihat orang Sabah tak dapat balik kampung membuatkan saya berasa kasihan tapi itulah nasib masing-masing dan saya juga pernah merasainya.

    “InsyaAllah rezeki mereka akan datang suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Kamu Kamu ini berkongsi jika dikurniakan rezeki lebih dia pasti akan membawa empat anggota keluarganya pulang ke Sabah setiap kali menyambut Aidilfitri.

    Kata Wani, dia sudah membeli tiket pesawat buat ahli keluarga sejak tahun lalu namun harganya masih mencecah empat angka.

    “Rayakan setahun sekali, jadi saya memang akan balik ke Sabah. Saya mengeluarkan wang sebanyak empat angka juga untuk bawa keluarga pulang ke kampung,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja