Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita 22 tahun diperintah bayar denda $37,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun diperintahkan untuk membayar denda $37,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki rokok seludup di rumah.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Siti Nurhafizah binti Abdullah @ Awang Bini menjalani hukuman penjara 14 bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas mengaku bersalah memiliki 43 karton dan 28 paket rokok secara haram di rumahnya di RPN Kampung Panaga, Seria.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam yang memeriksa rumah defendan pada 11:17 malam, 16 Mac lalu telah menemui rokok-rokok tersebut.

    Mahkamah turut memerintahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda