Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Afghan hadapi cabaran buka kedai kopi

    SHIBERGHAN, AFGHANISTAN – Di Afghanistan yang dilanda militan, tidak mudah bagi wanita untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri, tetapi Malalai Mobariz adalah antara segelintir wanita yang menghadapi cabaran dan membuka sebuah kedai kopi di bandar Shiberghan utara negara ini.

    “Objektif utama saya untuk menjalankan kedai kopi adalah memperlihatkan kemampuan wanita dari satu sisi, dan dari pihak lain untuk memberikan peluang pekerjaan bagi wanita,” kata Mobariz, 25, kepada Xinhua baru-baru ini.

    Tinggal di kota Shiberghan, ibu kota wilayah Jawzjan yang cukup damai, 390km ke utara Kabul, pengusaha wanita itu berharap dapat membina kariernya sebagai ahli perniagaan dari menjalankan kedai kopi.

    Dinamakan sebagai ‘Orange Cafe’ dan dibuka empat bulan yang lalu oleh Mobariz dengan dana AS$5,000, kedai kopi itu semakin popular.

    Menyatakan kepuasan atas pendapatan kedai kopinya, Mobariz mengatakan sehingga 80 pelanggan termasuk lelaki dan dan wanita mengunjungi Orange Cafe setiap hari.

    Menjalankan kedai kopi di kawasan masyarakat konservatif tentunya berisiko, katanya, sambil menambah bahawa “mengatasi cabaran memerlukan ketahanan, kerja keras dan keberanian.”

    Orange Cafe adalah antara sebahagian kedai kopi yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh wanita di Afghanistan. Ini adalah yang pertama seumpamanya di Jawzjan dan wilayah Faryab, Balkh dan Sari Pul yang berdekatan. Walaupun didirikan oleh seorang wanita, kafe ini menggaji kakitangan lelaki dan wanita. – Xinhua

    Kelihatan para pelanggan bermain catur di kedai kopi yang dimiliki oleh Malalai Mobariz. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda