Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Afghanistan menyanyi sebagai protes undang-undang moral

    KABUL, 28 OGOS – Seorang wanita Afghanistan menyanyi dalam video yang hanya menunjukkan sebahagian mukanya, salah seorang daripada berpuluh-puluh wanita yang mengambil bahagian dalam protes dalam talian terhadap undang-undang yang melarang wanita daripada meninggikan suara di khalayak ramai.

    Pihak berkuasa Taliban minggu lalu mengumumkan undang-undang itu, termasuk peraturan bahawa wajah, badan dan suara wanita harus ‘ditutup’ di luar rumah, antara 35 artikel yang menentukan tingkah laku dan gaya hidup.

    Sebagai tindak balas, wanita Afghanistan di dalam dan luar negara telah menyiarkan video di media sosial mereka menyanyi, dengan hashtag seperti ‘Suara saya tidak dilarang’ dan ‘Tidak kepada Taliban’.

    Dalam satu video, dilaporkan dirakam di Afghanistan, seorang wanita kelihatan menyanyi dalam pakaian serba hitam dari kepala hingga kaki, dengan tudung labuh menutup mukanya.

    “Kamu telah menutup suara saya untuk masa yang akan datang kamu telah memenjarakan saya di rumah hanya kerana jenayah menjadi seorang wanita,” katanya.

    Sekumpulan aktivis wanita menyiarkan video menunjukkan penumbuk atau mengoyakkan gambar pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, yang memerintah melalui dekri dari bandar selatan Kandahar.

    “Suara wanita adalah suara keadilan,” laung kumpulan aktivis dalam video lain.

    Dalam satu lagi video, pengguna X, Taiba Sulaimani menyanyi sambil membetulkan tudungnya di cermin.

    “Suara wanita adalah identitinya, bukan sesuatu yang harus disembunyikan,” katanya. – AFP

    Wanita Afghanistan berjalan di jalan raya di Kandahar, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda