Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita AS didakwa campak anak damit dari tingkap hotel

    PARIS, 25 FEB – Seorang wanita muda dari Amerika Syarikat (AS) yang sedang melancong di Eropah telah ditahan selepas didakwa memcampak seorang anak damit baru lahir dari tingkap hotel di Paris, menyebabkan kematian anak damit tersebut, kata pihak berkuasa hari ini.

    Menurut pendakwa Paris, anak damit itu dilaporkan dicampak dari tingkap tingkat dua sebuah hotel pada pagi kelmarin. Pasukan kecemasan segera membawa anak damit tersebut ke hospital, tetapi doktor mengesahkan kematiannya.

    Ibu anak damit itu sedang mengembara di Eropah dari AS bersama sekumpulan anak muda. Selepas bersalin, dia telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan dan kini ditahan di sana, menurut pegawai.

    Unit polis perlindungan kanak-kanak telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini sebagai kes pembunuhan seorang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. – AP

    Pemandangan hotel Ibis Styles, tempat seorang ibu berusia 18 tahun dari Amerika Syarikat melempar bayi baru lahir dari tingkap tingkat dua di timur Paris, pada 24 Februari 2025. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda