Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita asing ditahan, terlibat aktiviti tidak bermoral

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Seorang wanita warganegara asing, berumur 36 tahun diberkas anggota Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu menawarkan khidmat seks.

    Tangkapan dibuat pada 11 April lalu di salah sebuah bilik penginapan di Berakas.

    Hasil pemeriksaan telah menemukan beberapa barangan bukti seperti minyak pelincir, beberapa kepingan kondom, telefon bimbit dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan aktiviti tersebut.

    Suspek ditahan bersama bahan bukti yang ditemukan dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut.

    Kes ini disiasat bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

    Pihak PPDB ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Antara barang bukti yang berjaya ditemukan oleh pihak penguat kuasa semasa tangkapan tersebut.
    Antara barang bukti yang ditemukan semasa operasi tersebut.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda