Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita asing ditahan terlibat kegiatan tidak bermoral

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Seorang wanita warga Vietnam yang menjadikan sebuah hotel bagi menjalankan kegiatan tidak bermoral, telah ditahan dalam satu operasi serbuan yang dijalankan semalam, susulan risikan dan pemantauan yang dijalankan Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

    Tran Lam Linh, 27, yang telah berada di negara ini sejak 16 September 2019 menggunakan pas pelawat ditahan di sebuah hotel di kawasan Anggerek Desa, Jalan Berakas di mana dia menawarkan khidmat seks. Hasil serbuan juga menemukan barang-barang bukti bagi tujuan penyiasatan dan pendakwaan seperti minyak pelincir, beberapa kepingan kondom serta wang tunai dipercayai hasil daripada khidmat yang diberikan.

    Siasatan juga mendapati kegiatan tidak bermoral berkenaan dilakukan menggunakan aplikasi WeChat untuk meraih pelanggan-pelanggan dengan tawaran $100.

    Suspek dan barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 294A kesalahan menawarkan khidmat seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang membawa hukuman denda tidak kurang $500 dan tidak melebihi $5,000 serta penjara sehingga satu tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda