Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Australia didapati bersalah, hidang cendawan

    SYDNEY, 7 JULAI – Seorang wanita Australia didapati bersalah hari ini atas tiga pertuduhan membunuh selepas menghidangkan makan tengah hari yang mengandungi cendawan beracun kepada tetamunya iaitu keluarga mentua, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Juri mendapati Erin Patterson bersalah atas tiga pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh selepas dia menghidangkan hidangan Beef Wellington pada Julai 2023, menurut laporan media Australia.

    Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan berhujah insiden itu adalah satu tragedi yang tidak disengajakan.

    Patterson didapati bersalah atas pertuduhan membunuh membabitkan kematian bekas ibu bapa mentuanya, Don dan Gail Patterson, serta adik Gail, Heather Wilkinson, yang merupakan ibu saudara kepada suami Patterson. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di hospital beberapa hari selepas menikmati hidangan tersebut.

    Dia turut didapati bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh terhadap Ian, suami kepada Heather, yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi berjaya diselamatkan.

    Sepanjang tempoh dua bulan, juri mendengar keterangan lebih 50 saksi termasuk ahli keluarga Patterson dan Wilkinson, pakar perubatan, pakar kulat dan Erin Patterson sendiri.

    Patterson, yang ditahan pada November 2023, akan terus ditahan sementara menunggu tarikh hukuman dan berdepan kemungkinan dipenjara selama beberapa tahun. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 31 Mac 2021 menunjukkan Cendawan Death Cap dan Ghost Fungus di Royal Botanic Gardens di Melbourne. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda