Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat pertama kali

    MOSCOW, 11 MEI – Ketua baharu agensi perisikan Britain MI6 dijangka seorang wanita buat julung kalinya, apabila tiga calon akhir yang dipilih untuk sesi temu duga akhir baru-baru ini kesemuanya terdiri daripada wanita, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar The Times.

    Temu duga untuk jawatan tersebut berlangsung minggu lepas, dan dua daripada tiga calon akhir merupakan pegawai MI6, menurut laporan itu.

    Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa hanya satu daripada tiga calon yang dikenal pasti setakat ini bekas Duta Besar United Kingdom ke China, Barbara Woodward, yang kini merupakan wanita berpangkat tertinggi di Pejabat Luar. Namun, pencalonannya turut menerima kritikan berikutan pandangannya yang dilihat cenderung ke arah Beijing. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda