Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ‘basuh’ gajet Apple milik kekasih curang

    TOKYO, 2015 – Seorang wanita di Jepun bertindak membuang semua gajet jenama Apple milik kekasihnya ke dalam tab mandi untuk membalas dendam terhadap kecurangan lelaki berkenaan.

    Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah ‘membasuh’ komputer iMac, telefon pintar iPhone, komputer tablet iPad dan semua aksesori Apple lain selepas mendapat tahu kekasihnya bermain kayu tiga.

    Dia kemudiannya menghantar gambar semua peralatan itu yang dianggarkan berharga 899 pound (RM3,522) kepada teman lelakinya yang hanya mampu berputih mata melihat semua gajetnya musnah.

    Lelaki itu memuat naik gambar tersebut ke akaun Twitter sebelum imej berkenaan disebarkan oleh 15,000 pengguna laman sosial tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda