Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita bawa alat penyiaran tanpa lesen kena denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Seorang wanita dijatuhi hukuman denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengimport alat penyiaran tanpa lesen, dua tahun lalu.

    Jika gagal membayar denda itu, Salmah binti Alias berusia 31 tahun diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

    Tertuduh mengaku bersalah memiliki 10 set Astro Beyond dan satu Astro Njoi ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 13 Januari 2015.

    Tertuduh mengaku membeli alat penyiaran itu di Miri pada harga RM50 untuk setiap Astro Beyond dan RM350 untuk Astro Njoi.

    Dia mendakwa kesemua Astro adalah untuk kegunaan sendiri dan juga sebagai hadiah kepada ahli keluarganya.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Aiman Adri bin Ahmad Zakaria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda