Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Belanda diselamatkan dalam pelayaran Antartika

    WELLINGTON, New Zealand, 31 Jan – Seorang pelancong Belanda dalam kapal persiaran berhampiran Antartika yang disyaki mengalami strok, sudah pun berjaya dipindahkan ke sebuah pangkalan AS di benua beku itu.

    Pusat Penyelarasan Penyelamatan New Zealand mengatakan wanita berusia 66 tahun itu diterbangkan dalam helikopter kapal tersebut ke Stesen McMurdo pada hari ini dan akan diterbangkan ke New Zealand pada Rabu,di mana dia akan menerima rawatan perubatan lanjut.

    Pegawai Kanan Mencari dan Menyelamat, Chris Henshaw mengatakan keadaan yang tidak mempunyai hospital menjadikan penyelamatan perubatan di kawasan itu rumit dan mencabar.

    Menurutnya, wanita itu dirawat oleh seorang doktor dalam kapal persiaran Ortelius yang berlayar 670km daripada laluan biasanya untuk menghampiri pangkalan.

    Ortelius sememangnya dibina kukuh untuk perairan berais dan boleh membawa sehingga 116 penumpang dan 52 kakitangan serta krew. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda