Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Brazil adakan bantahan menentang Bolsonaro

    RIO DE JANEIRO, 30 Sept – Beratus-ratus ribu kaum wanita keluar bagi mengadakan bantahan seluruh negara di Brazil semalam menentang pencalonan berhaluan kanan, Jair Bolsonaro dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan minggu depan.

    Bolsonaro yang kontroversi, dikeluarkan dari hospital selepas ditikam dan mengalami cedera serius oleh aktivis berhaluan kiri ketika demonstrasi yang diadakan pada 6 September lalu, pada masa ini mendahului dalam tinjauan pendapat.

    Demonstrasi dianjurkan menerusi kempen media sosial di bawah hashtag #Elenao bermula sekitar 1800GMT di beberapa buah bandar raya termasuk Rio de Janeiro, di mana beribu-ribu wanita berhimpun di dataran Cinelandia, yang disertai oleh demonstrasi lain dari Avenida Rio Branco, di jalan utama, wartawan AFP melaporkan.

    Beberapa kumpulan kecil berada di jalan-jalan raya lebih awal di Sao Paulo dan lokasi lain.

    Demonstrasi juga diadakan di luar negara, dari Dublin dan Paris sehingga Budapest dan Beirut.

    Pergerakan The Time’s Up yang menyokong mangsa-mangsa penderaan seksual mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan sokongan: “Kepada saudara kami di Brazil: Kita bersama-sama melaluinya. Kami melihat dan mendengar anda. Kami bersama anda.”

    “Wanita Brazil, wanita di luar Brazil semua wanita, sudah tiba masanya untuk menyertai,” kata Ludimilla Teixeira, salah seorang penganjur demonstrasi tersebut.

    “Sama ada kita menyertainya sekarang untuk menentang atau kita akan berhimpun untuk berkabung kemudian.”

    Ketika wanita sedang menuju pulang, penganjur-penganjur berkata sekurang-kurangnya seengah juta telah menyertainya. Polis tidak menyatakan jumlah tersebut. Bolsonaro, bekas kapten tentera, 63, dikecam rasis dan pembenci perempuan oleh pengkritiknya.

    Dia dalam keadaan tertentu membangkitkan kemarahan wanita dengan mendapatkan kewajaran bagi jurang luar terhadap gaji, dan menggesa menentang mengambil wanita memandangkan mereka akan mengandung. – AFP

    Para wanita berhimpun sambil memegang sepanduk bertulis dalam Bahasa Portugis yang bermaksud ‘Perempuan menentang Bolsonaro’ semasa tunjuk perasaan ke atas Jair Bolsonaro di Sao Paulo, Brazil pada 29 September 2018. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda