Wanita Britain dipenjara tikam suami

ALOR SETAR, MALAYSIA, 3 OGOS – Seorang wanita Britain dipenjarakan tiga tahun setengah selepas mengakui dia menikam suaminya sehingga mati di pulau peranginan, Langkawi.

Samantha Jones (gambar bawah) membunuh John William Jones pada 2018 di rumah mereka di pulau itu selepas pergaduhan awal pagi, yang menurut peguamnya berlaku selepas bertahun-tahun penderaan.

Wanita berusia 52 tahun itu mengaku melakukan ‘kesalahan homisid’ yang secara kasarnya sama dengan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara serta denda RM10,000. Dia pada awalnya didakwa membunuh yang membawa hukuman mati mandatori di Malaysia, namun pendakwa raya bersetuju untuk mengurangkan hukuman.

Semasa perbicaraan di Alor Setar, Jones mengaku bersalah dan menangis ketika pendakwa raya menunjukkan senjata digunakan untuk menikam suaminya dan gambar-gambar di tempat kejadian, di Mahkamah Tinggi.

Dalam pembelaan, peguamnya Sangeet Kaur Deo mengatakan Jones sudah lama menderita akibat didera fizikal dan emosi oleh suaminya yang pemabuk dan panas baran. – AFP